Kerjaya kulinari Redzuawan_Ismail

Sebagai cef

Chef Wan pernah membantu sahabatnya menguruskan sebuah restoran iaitu “Alexander Cafe” yang berada di Sydney. Beliau telah melibatkan diri beliau sepenuh masa dalam bidang masakan ketika bekerja di restoran tersebut sebagai pengurus kewangan, pelayan dan juga membantu menyediakan makanan. Chef Wan juga pernah bekerja di sebuah restoran masakan Italy di Sydney.Chef Wan telah mengikuti kursus ijazah selama 3 tahun di California Culinary Academy di San Francisco.Beliau telah dianugerahkan sebagai penuntut terbaik akademi tersebut daripada 187 penuntut,walaupun pada mulanya dia sering dipandang rendah oleh pensyarah dan rakan-rakan sekelasnya kerana beliau orang Asia.Disebabkan prestasi yang memberansangkan beliau di akademi masakan tersebut, Chef Wan telah ditawarkan biasiswa untuk bertugas di sebuah kolej masakan yang terkemuka di dunia iaitu École de Gastronomie, Française Ritz Escoffier di Paris selama 1 tahun. Chef Wan mencipta rekod sebagai orang berbangsa Melayu yang pertama mendapat peluang bertugas sambil belajar di hotel tersebut yang mengumpulkan tukang-tukang masak terbilang dan ternama di serata dunia.

Keluarga Gentrys, iaitu sebuah keluarga hartawan di Hawaii berminat dengan Chef Wan. Oleh hal yang demikian, Chef Wan telah diambil bekerja dengan keluarga tersebut sebagai tukang masak dan perancang makanan. Hartawan tersebut yang memiliki 28 buah rumah di Amerika dan Eropah seringkali menganjurkan majlis untuk orang-orang terkemuka di dunia. Chef Wan bukan sahaja bekerja di rumah hartawan tersebut bahkan di hotel-hotel dan kapal terbang, dimana sahaja hartawan tersebut berada. Beliau juga akan mengikuti hartawan tersebut ke merata tempat seperti Aspen, New York, dan Paris atau kemana sahaja tempat yang dikunjungi hartawan tersebut.Chef Wan berpeluang bertemu dengan selebriti-selebriti terkenal ketika bertugas dengan Keluarga Gebtrys tersebut.Beliau juga menyediakan makanan untuk selebriti-selebriti tersebut seperti Elizabeth Taylor yang menggemari masakan asia Chef Wan iaitu tomyam, bintang filem Barbara Streisand yang menyukai masakan kerabu dan tauhu sumbat, Bob Hope, masakan Indonesia, dan Putera Rainier dari Monaco yang menyukai sate. Chef Wan juga pernah bertemu dengan Raja Juan Carlos, pelakon Don Johnson, dan aristokrat, kerabat diraja, dan artis terkemuka yang lain.

Cef selebriti

Selepas tujuh tahun Chef Wan berkecimpung dalam dunia chef dan perhotelan di luar negara, beliau pulang ke tanah air. Chef Wan mula menerima undangan-undangan pelbagai pihak yang mengetahui tentang pengalaman dan bakat beliau dalam bidang masakan. Beliau mula dikenali ramai apabila diperkenalkan menerusi pelbagai rancangan, demonstrasi-demonstrasi masakan, seminar industri makanan dan menjadi konsultan bagi beberapa syarikat yang menyediakan khidmat makanan serta perkakas dapur.

Karier Chef Wan sebagai chef selebriti bermula apabila beliau telah mengikat kontrak dengan siri masakan Kuali pada tahun 1992 sebuah siri masakan yang disiarkan di TV3 sejak tahun 1988.Beliau telah terlibat dalam pelbagai program masakan Malaysia sejak penampilan pertama beliau dalam program masakan. Antara program masakan beliau ialah Acu-Acu Aidilfitri, Ciptarasa, Bird’s Custard, Hey! Good Cooking,Selera,Saji Bistari ,rancangan masakannya sendiri, Chef Wan yang disiarkan di TV3, dan Citarasa Sedunia Bersama Gas Petronas pada tahun 1999/2000.Ole Ole Chef Wan juga merupakan rancangan masakan Chef Wan yang disiarkan di TV9,sebuah program masakan sambil mengembara ke lokasi seperti Rumah Kebajikan Orang Tua, Zoo Negara, Universiti Pertahanan Nasional Malaysia, Rumah Anak Yatim, Taman Agroteknologi, Kementerian Pertahanan, Kolej Jururawat di Pusat Bandar Damansara,Royal Selangor dan Rumah Amal Cheshire.Rancangan-rancangan tersebut telah menarik minat penonton tempatan disebabkan rancangan tersebut memaparkan langkah dan tips penyedian makanan yang mudah,dan Chef Wan juga telah diminati dengan keletah beliau yang unik. Penggunaan ala leteran nenek di kampung ketika berinteraksi dengan penonton merupakan trademark beliau dalam menjadikan sesebuah rancangan masakan tersebut menarik dan mencuit hati.

Chef Wan juga telah berjaya menempa nama dalam dunia masakan antarabangsa melalui program-program masakan antarabangsa beliau. Antaranya ialah Flavour of Asia yang disiarkan di Prime 12,sebuah rangkaian televisyen di Singapura,A Taste of Australia With Chef Wan (Part 1 and 2) Australia disiarkan oleh ABC Network ke seluruh Asia,Chef Wan and Gino's Specials Norge TV, Oslo,Martin Yan’s The Best of Asia and The Edible Roots (1997),chef undangan American Food Channel, United States, Food of the World disiarkan TV4 Stockholm, Sweden,A Taste of Malaysia,No Reservation Please Discovery Channel bersama chef dan penulis terkenal Anthony Bourdain untuk American Food Channel,Market Kitchen disiarkan UK Food Network,dan pengacara bersama sebuah rancangan masakan dan kulinari Singapore, Philippines, dan Malaysia bersama chef Martin Yan,Yan Can Cook Fame.Beliau juga merupakan bintang antarabangsa apabila menjadi Chef Residen (Bintang Premier) bagi saluaran masakan Asia yang berpangkalan di Hong Kong.Chef Wan menjadi imej saluran tersebut dimana beliau telah dikenali oleh berjuta-juta orang di seluruh Asia sebagai chef antarabangsa.

Chef Wan juga telah menerbitkan pelbagai jenis buku resipi.Antaranya ialah Flavours of Malaysia,Selera Antarabangsa(MAS Golden Boutique 1996)iaitu kompilasi pelbagai resipi masakannya,Chef Wan’s Sweet Treats diterbitkan oleh Times Edition pada tahun 2000, Simply Sedap!Chef Wan’s Favourite Recipes juga diterbitkan Times Edition (2000),Simply Sedap 2 Chef Wan Shares More Favorite Recipes (Times Edition 2006),Around the World with Chef Wan(Times Edition 2000),The Art of Entertaining, Flavours of ASEAN, Sajian Raya Bersama Chef Wan (Media Corp. TV Suria Singapore 2003),dan Langkah Demi Langkah Bersama Chef Wan ( Berita Publishing Sdn. Bhd.).

Sumbangan dan kejayaan

Chef Wan telah menyumbang pelbagai perkara dalam dunia masakan antaranya ialah Chef Wan telah mewakili Malaysia di pelbagai Ekspo Makanan dan Pameran Pelancongan seperti pameran anjuran Malaysian International Trade Board (MALTRADE), Malaysian Airlines(MAS) dan Tourism Malaysia. Disebabkan oleh bakat dan pengalaman beliau, Chef Wan telah terlibat dalam beberapa demostrasi masakan yang diadakan di seluruh dunia antaranya di The World SIAL Food Expo di Paris, France dan Beijing, China, The World Anuga Food Fair di Koln, Germany, The United Kingdom Food and Beverage Show yang diadakan setiap tahun di London, promosi di pusat beli-belah untuk MALTRADE di Japan, India, United Kingdom dan Australia, dan The Ethnic Food Fair di Birmingham, United Kingdom.Selain itu, Chef Wan juga telah memberi seminar tentang “The Excitement and Enticement of Malaysian Cuisine” yang diadakan di IFCA/IFSA (International Inflight Catering Association) Persidangan Asia Pasifik yang diadakan di Kuala Lumpur anjuran Malaysian Airlines (MAS) pada Oktober 2002 dan menjadi pembantu pengacara di Gala Dinner untuk Gourmand World Cook Book Award ke-9 pada 2003 di Barcelona,Spain.

Chef yang telah memasak untuk personaliti terkenal seperti Sultan Brunei dan bekas Presiden Amerika Syarikat, Bill Clinton ini telah menerima pelbagai kejayaan sepanjang 20 tahun beliau menjadi chef selebriti. Antaranya ialah anugerah bagi buku masakan beliau seperti Salon International Du Livre Gourmand pada tahun 2000 mendapat pingat emas dengan menyampaikan 'The Royal Dining Etiquette of the Palace of Perak', Salon International Du Livre Gourmand pada tahun 2000 anugerah Prix La Mazille Special Prize untuk kariernya sebagai 'Food Ambassador of Malaysia' dan Salon International du Livre Gourmand pada tahun 2003 anugerah Best Malay Chef Book in Malaysia, ' Mengelilingi Dunia Bersama Chef Wan'.Chef Wan juga telah mendapat pengiktirafan antarabangsa apabila dianugerahkan Ijazah Doktor Kehormat oleh Thames Valley University, London pada 21 April 2007.Beliau juga turut diangkat sebagai Tokoh Chef Melayu Moden oleh UiTM Pulau Pinang pada tahun yang sama.Chef Wan telah menerima dua anugerah berprestij daripada National Critics Choice iaitu anugerah Life Time Achievement South East Asia Cuisine dalam kategori The Hospitality and Dining Awards 2011/2012 dan anugerah Best Editor‘s Choice Award yang diberikan atas kejayaan buku masakannya, Best of Wan Taste of Malaysia.Pada tahun yang sama, beliau telah mendapat penghormatan untuk menjayakan sebuah program bual bicara pagi, NBC Today yang disiarkan secara langsung di saluran NBC di Amerika Syarikat .Program televisyen tersebut berlintas langsung dari taman rekreasi Suria KLCC yang berlatarbelakangkan bangunan berkembar KLCC yang disaksikan oleh jutaan rakyat AS.Kerajaan Thailand juga telah memberinya gelaran Friends of Thailand Award pada September 2010.Beliau telah dipilih sebagai Malaysia Airlines (MAS) Holiday Travel Icon Ambassador pada November 2010 yang berperanan untuk menjelajah dunia dengan pelbagai jenis masakan.Pada 1 Februari 2010, bersempena dengan Hari Wilayah Chef Wan telah dikurniakan darjah kebesaran Panglima Mahkota Wilayah oleh Pemangku Yang Dipertuan Agung, Tuanku Abdul Halim Muadzam Shah yang membawa gelaran Datuk .